Monday, 18 December 2017

Syarikat Poori Curry Enterprise

Perniagaan (syarikat, perusahaan atau firma) adalah didefinisikan sebagai sebuah bentuk organisasi yang sah dan diiktiraf untuk menyediakan barangan atau perkhidmatan, atau kedua-duanya, kepada pelanggan, perniagaan dan entiti-entiti kerajaan. Rasulullah SAW telah menegaskan bahawa kedudukan perniagaan adalah merupakan suatu kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT sebagaimana sabdanya yang bermaksud: “Sembilan persepuluh sumber rezeki (boleh diperolehi) melalui perniagaan” (Hadis Riwayat Tirmizi).

Oleh itu, kami menubuhkan syarikat Poori Curry Entreprise. Poori Curry Enterprise adalah sebuah syarikat yang menawarkan produk makanan segar dan sejuk beku yang juga mempunyai servis penghantaran produk ke kawasan-kawasan berdekatan dengan syarikat kami. Poori Curry Enterprise telah ditubuhkan pada 6 November 2016 dan beralamat di Poori Curry Enterprise, No. 19, Jalan Utama2/30, Taman Perindustrian Puchong Utama, 47100.
Syarikat ini mempunyai 7 orang rakan kongsi yang terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan yang berbeza. Objektif penubuhannya adalah untuk memudahkan golongan wanita yang berkerjaya yang tidak mempunyai masa untuk menyiapkan makanan bagi keluarga. Seterusnya, kami juga menyasarkan kalangan pelajar-pelajar di Universiti yang berdekatan. Hal ini kerana kebanyakkan pelajar ini sukar mendapatkan makanan kerana kekurangan gerai-gerai makanan yang berhampiran.

Selain itu, kami turut menyediakan perkhidmatan penghantaran bagi pelanggan yang tinggal agak jauh daripada syarikat kami ini. Mereka boleh terus datang ke syarikat kami terus atau boleh menghubungi kami di talian 0112367213 dan kami akan memastikan setiap pesanan pelanggan akan kami penuhi. Syarikat kami juga memberikan potongan harga sebanyak 20% kepada pelanggan yang telah membuat kad ahli dan menjadi sebahagian dalam syarikat kami.





Selain itu juga, kami bersama-sama dengan syarikat lain telah menganjurkan satu hari iaitu “Entrepeneur Day” bagi memperkenalkan produk makanan kami ini kepada masyarakat. Entrepeneur Day ini dilakukan di hadapan sebuah café Kolej Teknologi Alpha pada 17 November 2017 bersamaan pada hari Jumaat. Dengan adanya Entrepeneur Day ini ianya secara tidak langsung dapat melihat pelbagai produk yang unik daripada syarikat-syarikat lain dan menjadikan syarikat lebih kuat untuk bersaing.

Melalui Entrepeneur Day yang dianjurkan syarikat kami dapat menemui pelbagai ragam tingkah laku pelanggan yang kebanyakkannya daripada kalangan pelajar Kolej Teknologi Alpha. Terdapat pelbagai objektif yang syarikat kami ingin capai melalui Enterpeneur Day yang dianjurkan.


Antranya ialah ingin memperkenalkan Roti Poori kepada kalangan pelajar khususnya yang bukan berbangsa India. Syarikat kami memperkenalkannya dengan cara memberi pamplet yang mengandungi keterangan tentang Roti Poori ini. Selain itu, objektif kami ialah bagi memupuk sikap kebudayaan dalam makanan tradisi setiap kaum. Walaupun Roti Poori ini lebih kepada kaum India namun setiap kaum boleh merasai makanan tersebut. Hal ini secara tidak langsung dapat mengurangkan sikap rascisme antara setiap kaum. Objektif yang terakhir adalah bagi mengenal pasti kekurangan produk kami bagi tujuan penambahbaikkan. Kami akan sentiasa bertanya kepada pelanggan kami tentang Roti Poori itu dan apabila telah mengetahui kekurangannya, maka kami akan menjadikan kekurangan itu sebagai salah satu platform untuk kami membuat penambahbaikan.

KETERANGAN PRODUK SYARIKAT POORI CURRY ENTERPRISE
            1.       ROTI POORI
Menu utama bagi syarikat Poori Curry Enterprise ialah roti poori. Roti poori merupakan makanan bagi kaum India. Namun demikian, pada masa kini, penerimaan roti poori bukan sahaja diterima oleh kaum India itu sendiri malahan kaum-kaum lain juga telah menggemari roti poori ini. Bagi syarikat Poori Curry Enterprise, roti poori dihasilkan secara sejuk beku. Hal ini demikian kerana perkhidmatan jualan roti poori sejuk beku jarang dilakukan oleh syarikat pengeluaran makanan sejuk beku. Oleh itu, syarikat kami telah mengambil peluang ini untuk menghasilkan dan menjual roti poori sejuk beku. Kami juga turut memberi servis penghantaran roti poori kepada sesiapa yang membelinya.
Pada hari “Entrepreneurship Day”, kami turut menjual menu utama kami, iaitu Roti Poori. Terdapat ramai pelanggan yang membelinya termasuklah kaum-kaum lain selain daripada kaum India. Pada mulanya, pelanggan di Kolej Teknologi Alpha selain daripada kaum India berasa asing dengan menu utama kami, namun demikian, setelah kami menyediakan “tester” roti poori kepada mereka, mereka mula meminati roti poori dan membeli jualan kami. Kami juga telah menambah tepung atta pada roti poori kami supaya roti poori kami kelihatan lebih menarik warnanya dan sedikit rangup. Pada hari tersebut, roti poori jualan kami telah mendapat sambutan daripada warga Kolej Teknologi Alpha.

            2.        KOPI CINCAU AIS
Kopi cincau ais merupakan menu sampingan bagi jualan syarikat Poori Curry Enterprise pada hari “Entrepreneurship Day”. Kopi cincau ais merupakan sebuah inovasi yang kami lakukan terhadap air kopi. Kami memilih untuk menjual kopi cincau ais kerana kami menganggap bahawa pelanggan kami akan tertarik dengan inovasi yang kami lakukan. Rasanya yang lazat di samping tambahan cincau membuatkan air kopi cincau ais kami mendapat sambutan yang hangat oleh pelanggan.
Terdapat ramai pelanggan yang membeli kopi ais cincau kami. Hal ini demikian kerana mereka ingin mencuba sesuatu yang baru. Di samping itu, pada hari “Entrepreneurship Day”, tidak ramai yang menjual air. Hal demikian juga sedikit sebanyak membantu melariskan jualan air kopi cincau ais kami. Bagi penggemar air kopi pula, mereka sangat senang menerima inovasi yang kami lakukan terhadap air kopi. Pada hari “Entrepreneurship Day”, air kopi cincau ais kami telah mendapat sambutan yang hangat bukan sahaja dalam kalangan pelajar malahan para pensyarah dan juga kakitangan kolej juga turut membeli air kopi cincau ais kami.

             3.       CUCUR KENTANG
Pada hari “Entrepreneurship Day”, syarikat Poori Curry Enterprise juga turut menjual cucur kentang. Cucur kentang ini juga merupakan sebuah inovasi yang cuba kami perkenalkan kepada warga Kolej Teknologi Alpha. Kami memilih untuk menjual cucur kentang kerana cucur kentang ini mudah dihasilkan di samping rasanya yang lazat.
Pelanggan kami amat menggemari cucur kentang kami dan pada hari “Entrepreneurship Day” tersebut, cucur kentang kami turut mendapat jualan yang amat memberangsangkan. Pada hari tersebut, pelanggan kami bukan sahaja terdiri daripada pelajar Kolej Teknologi Alpha. Para pensyarah dan juga kakitangan kolej juga turut sama menjadi pelanggan kami.

RAKAN KONGSI SYARIKAT POORI CURRY ENTERPRISE





                                  PRODUK UTAMA SYARIKAT KAMI (ROTI POORI)



                                         AKTIVITI SEMASA "ENTREPREMEUR DAY"













No comments:

Post a Comment