Kolej Teknologi Alpha, dibawah subjek Kemahiran dan Gelagat Usahawan, telah mengadakan Hari Keusahawanan pada 17 Nov 2017 iaitu pada hari Jumaat. Tujuan Hari Keusahawanan ini diadakan adalah untuk mendedahkan pengalaman mengurus gerai kepada pelajar di samping dapat menyemai sikap berdikari dan semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah.
Tepat pada pukul 10.00 pagi, para peserta yang terdiri daripada kalangan pelajar sibuk menyediakan barangan jualan di khemah-khemah yang telah disediakan manakala pelajar yang tidak terlibat perlu berada di kelas masing-masing bagi pengajaran dan pembelajaran seperti biasa sehingga tiba waktu rehat. Para peserta kelihatan bersemangat ketika menyediakan barang-barang jualan di gerai masing-masing. Terdapat pelbagai aneka jualan yang dijual seperti pelbagai jenis makanan dan minuman berserta beserta baju dan kfar tangan.
Makanan dan minuman terdiri daripada aneka kueh, roti, cucur, sosel keju, banana choc roll, nasi mak wok, burger nasi, air sirap selasih dan air kopi susu cincau. Semasa waktu rehat, pelajar yang bertugas di gerai sibuk mempromosikan barang jualan masing-masing supaya pengunjung bertumpu di gerainya. Gerai yang menjual makanan menjadi tumpuan pelajar.
No comments:
Post a Comment